Melahirkan Generasi Al-Quran yang Bertaqwa, Berilmu, dan Bermanfaat kepada
Pembangunan Negara dan Ummah
Al-Quran & Hadis
Pengajian Tahfiz
Sejak 2014
Ditubuhkan
Untuk Asnaf
Pendidikan Percuma
الْقُرْآنُ وَالسُّنَّةُ دَلِيلُ الْحَيَاةِ
"Al-Quran As-Sunnah Panduan Hidup"
— Motto MATAAZ
Pengajian tahfiz Al-Quran secara bertalaqqi dan bersanad
Pendidikan asas agama, tajwid, dan hadis-hadis pilihan
Pendidikan percuma untuk anak yatim, fakir, dan miskin
Melahirkan generasi huffaz yang berkaliber dan berakhlak
Ma'had Tahfiz Al-Quran Al-Azahar telah diberi tanah wakaf untuk membangunkan Kompleks Pengajian Tahfiz Al-Quran Al-Azahar yang lebih selesa dengan prasarana yang lengkap. Tanah wakaf ini telah mendapat sijil wakaf bawah Maidam, Kuala Terengganu.
Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak
Komitmen kami dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang
Melahirkan sebanyak mungkin para alim (Pakar Ilmuan Agama) yang bukan sahaja komited kepada ajaran Al-Quran tetapi sebagai ejen perubahan masyarakat yang berketerampilan dari segi kecemerlangan akademik dan kesempurnaan sakhsiah.
Mengimbangkan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan profesional yang Hafiz Al-Quran.
العِلْمُ نُورٌ
"Ilmu adalah cahaya"
Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu, dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah.
Menjadikan institusi pendidikan berteras Al-Quran dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.
Melahirkan huffaz yang berkelayakan profesional serta menguasai teraju kepentingan agama, bangsa, dan negara di masa hadapan.
Mengharungi sistem pendidikan yang terkini dengan objektif yang jelas
Melahirkan para huffaz yang benar-benar berilmu dan berakhlak untuk menjadi bakal pendakwah yang berkaliber bagi meninggikan syiar Islam.
Membantu meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran, pengalaman dan penghayatan agama dalam kalangan masyarakat.
Melahirkan generasi yang mahir membaca Al-Quran dan mempunyai pendedahan secukupnya tentang ilmu hadis dan sebagainya.
Sebagai satu usaha untuk mengelakkan generasi muda daripada terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak berakhlak.
Mengekalkan dan menyebarkan tertib pengajian secara bertalaqqi dan bersanad dalam pengajian ilmu agama.
Melahirkan sebuah masyarakat yang berpegang teguh dengan akidah Islam mengikut Al-Quran, hadis dan ahli sunnah wal jamaah.
Wujudnya kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk melahirkan generasi muda mukmin, muttaqin dan berakhlak mulia yang mampu menyumbang kepada ummah.
Menjadi sebuah madrasah pengajian islam yang unggul dan mampu melahirkan para huffaz yang sentiasa bersedia mewakafkan diri, tenaga, harta dan masa bagi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam.
Melahirkan generasi Ilmuan yang berwawasan dan cintakan Al-Quran.
Memperbanyakkan para Alim dalam kalangan masyarakat islam untuk melahirkan seorang Alim dalam setiap rumah.
Meningkatkan Pendidikan agama dalam kalangan masyarakat.
Membentuk individu yang berakhlak berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah.
10+
Tahun Pengalaman
100+
Pelajar Aktif
Ma'had Tahfiz Al-Quran Al-Azahar
Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu, dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah sejak 2014.
© 2025 Ma'had Tahfiz Al-Quran Al-Azahar. Hak cipta terpelihara.
Dibuat dengan untuk ummah